
SENDIRIAN
ku teruskan langkah ini
walaupun tersandung rebah
bangkit menongkah lelah
sendirian masih jelas
andai ini garis
kiranya tidak kulemah
melintang patah
menepis walau
menjernih payah
Ya Allah
hamba ini mendongak atas
menadah harap
memohon hikmah
menjernih resah
andai ini bahagia
walau sendirian cuma
tetap aku tekad
mahu terus yang gagah
melebar keringat
meredah susah
andai ini bahagia
kuteruskan langkah
walau masih sendirian
menanti terbukanya anugerah
daripada Tuhan sebagai hibah